Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hakim: Bidang kuasa mahkamah sivil lebih tinggi dari mahkamah syariah

Mahkamah Tinggi sivil mempunyai bidangkuasa yang lebih tinggi daripada mahkamah Syariah dalam pertikaian agama pasangan yang tidak memeluk Islam, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini.

Dalam memberikan tempoh seminggu kepada K Pathmanathan @ Muhammad Ridhuan Abdullah untuk memulangkan anak perempuan yang berusia enam tahun kepada ibu bukan Islam, M Indira Gandhi, mahkamah juga mendapati si bapa telah menghina mahkamah

Hakim Lee Swee Seng berkata kegagalan memulangkan

kanak-kanak itu, memerlukan polis untuk menguatkuasakan waran tangkap terhadap Pathmanathan kerana menghina dan tidak mematuhi perintah mahkamah.

Membacakan penghakimannya selama dua setengah jam, Hakim Lee berkata bidang kuasa penyeliaan Mahkamah Tinggi awam adalah berdasarkan kepada fakta bahawa keputusan mahkamah syariah tidak boleh mengikat pihak bukan Islam dalam perkahwinan.

Beliau berkata negara mengamalkan undang-undang sekular di mana Mahkamah Tinggi sivil mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad dan adalah lebih tinggi sifatnya daripada mahkamah syariah.

"Berikutan itu, bapa mesti menyerahkan anak itu kepada Kula & Associates pada tengah hari Jumaat depan," perintah Hakim Lee.

Beliau sebelum itu menolak permohonan peguam

Pathmanathan , Anas Fauzi, untuk penangguhan selama enam bulan ke atas perintah penghinaan itu dan memerintahkan supaya kanak-kanak itu dikembalikan dalam tempoh seminggu.

Perintah penghinaan itu,  kata Hakim Lee, hanya dapat diketepikan dengan Pathmanathan memulangkan kanak-kanak itu, Prasana Diksa .

Pathmanathan mengambil Prasana pada tahun 2009, ketika dia berumur 11 bulan.

[Baca berita penuh]

ADS