Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hadi Awang dimasukkan ke hospital sesak nafas
Diterbitkan:  May 31, 2014 11:47 AM
Dikemaskini: 4:08 AM

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke sebuah hospital di Istanbul malam tadi kerana sesak nafas dan masalah kesihatan.

Setiausaha Politiknya Dr Ahmad Shamsuri Moktar menghantar mesej lebih kurang jam 8.45 malam waktu Malaysia semalam menyatakan beliau dalam ambulans bersama Abdul Hadi.

Sementara itu Timbalan Ketua Pemuda PAS Mohd Khalil Abdul Hadi yang juga anak beliau mengesahkan perkara ini dan meminta semua pihak mendoakan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu.

"Dr (Ahmad) Samsuri kini berada bersama ayahanda Tuan Guru Presiden di Istanbul, Turki.

"Beliau dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang keadaan beliau stabil dan sedang berehat.

"Mohon doa dari semua umat Islam agar beliau pulih dan dapat terus memimpin ummah," kata beliau dalam kenyataan ringkas kepada media awal pagi ini.

Abdul Hadi ke Istanbul pada Selasa lalu selepas turun berkempen untuk Pakatan Rakyat di Teluk Intan dan dijadualkan pulang ke tanah air minggu hadapan.

Beliau berada di situ untuk menghadiri seminar yang dianjurkan sebuah gerakan Islam antarabangsa.

ADS