Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah meminta kedutaan Malaysia di Turki memberi bantuan sewajarnya kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dirawat di sebuah hospital di Istanbul.

    

Perdana Menteri berkata beliau telah menghubungi pejabat kedutaan selepas dimaklumkan mengenai perkara itu, pagi ini.

    

"Dimaklum Datuk Seri Hadi Awang diwadkan di hospital Istanbul. Pagi tadi saya hubungi kedutaan untuk pastikan Datuk Seri diberi sokongan sepatutnya," kata Najib dalam catatan di laman Twitter beliau.

    

Najib kini berada di Beijing untuk lawatan rasmi enam hari sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China.

    

Mengikut laporan sebuah portal berita, Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang dimasukkan ke hospital di Istanbul pada kira-kira 8.45 malam tadi waktu Malaysia selepas mengadu sesak nafas. - Bernama

Sementara itu,PKR berdoa agar Abdul Hadi cepat sembuh dan pulih daripada masalah kesihatannya.

 
Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima berita bahawa Hadi kini sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi di Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul kerana sesak nafas.
 
Menurut Fahmi, Anwar yang mempunyai hubungan rapat dengan Turki terus menghubungi Pejabat Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki bagi membincangkan perkara tersebut.
 
"Pejabat Perdana Menteri Turki telah memberi jaminan untuk memberi bantuan sebanyak mungkin kepada Datuk Seri Abdul Hadi.
 
"Seluruh saf kepimpinan dan keluarga KEADILAN mendoakan agarTuan Guru Haji Abdul Hadi akan cepat sembuh dan pulih," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini

ADS