Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO: IGP Muslim dulu atau polis dulu?
Diterbitkan:  Jun 11, 2014 1:00 PM
Dikemaskini: 5:19 AM

Kumpulan NGO India hari ini menyelar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana mahu mengambil “jalan tengah” dalam kes perebutan anak melibatkan ibu bapa berbeza agama.

“Siapa dia untuk putuskan bagi masukkan kanak-kanak ke pusat jagaan kanak-kanak?” soal Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) S Barathidasan.

Dalam SMS kepada Malaysiakini , beliau juga berkata Khalid bertindak seperti “badut” dan menjadikan isu yang serius kepada sebuah “komedi”.

“Adakah dia akan bertindak yang sama jika terdapat kes melibatkan anak atau cucunya,” soalnya.

Barathidasan mempersoalkan jika Khalid menganggap dirinya “Orang Islam dulu” ( Muslim first ) dan bukan ketua polis yang mesti berkhidmat kepada orang ramai dan melaksanakan undang-undang seperti diarahkan mahkamah.

Bercakap kepada pemberita di Kota Kinabalu semalam, Khalid berkata, polis mengambil jalan tengah dalam soal hak penjagaan anak membabitkan keputusan berbeza mahkamah syariah dan sivil.

Bernama melapornya sebagai berkata, bagi memastikan keadilan kepada yang terbabit, polis akan menempatkan anak berkenaan di pusat penjagaan kanak-kanak tanpa menguatkuasakan perintah mahkamah syariah atau sivil.

Arahkan rundingan

Dengan cara itu, katanya ibu bapa masing-masing ada peluang untuk melawat anak mereka.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dua kes perebutan anak yang berlaku di Perak dan Negeri Sembilan.

Beliau juga mengarahkan ketua-ketua polis daerah di kawasan berkenaan membuat rundingan dengan pihak berkaitan supaya anak itu ditempatkan di pusat penjagaan.

Bulan lepas, Mahkamah Rayuan menolak permohonan N Viran atau nama Islamnya Izwan Abdullah, untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang memberihakan penjagaan dua anaknya kepada ibu mereka S Deepa ( kiri ) yang beragama Hindu.

Di Ipoh, guru tadika M Indira Ghandhi mendapat perintah mahkamah awal tahun ini untuk mendakwa bekas suaminya Muhammad Ridzuan Abdullah atau namanya sebelum Islam, K Patmanathan, kerana menghina mahkamah.

Ini ekoran kegagalan Ridzuan menyerahkan anak bongsu mereka, Prasana Diksa (Ummu Habibah), 6, kepada plaintif yang memenangi kes hak penjagaan anak, selaras dengan perintah Mahkamah Tinggi pada 11 Mac 2010.

Pada April 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi hak penjagaan tiga anak mereka iaitu Abu Bakar (Karan Dinish), Ummu Salamah (Tevi Darsiny) dan Prasana kepada Mohd Ridzuan.

[Baca berita penuh]

ADS