Malaysiakini BERITA

Kampung Chubadak teguh melawan pemaju

Norman Goh  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Malaysiakini

Pertembungan antara penduduk Kampung Chubadak Tambahan dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Isnin lalu menyaksikan dua buah rumah penduduk menyembah bumi menjadi debu di tangan pihak berkuasa tempatan itu.

 

Sementara rumah-rumah lain buat masa ini, masih selamat daripada diroboh akibat bantahan penduduk kampung.

DBKL mengenalpasti enam buah rumah untuk dirobohkan tetapi dibantah penduduk.

Beberapa rumah lagi masih lagi dihuni dan sebahagian yang lain pula enggan berpindah bagi selepas ditawarkan pampasan sebanyak RM7,000 sahaja.

 

Penduduk di situ telah menetap di tanah Wilayah Persekutuan di Sentul itu sejak 30 ke 50 tahun lalu tetapi mereka diminta untuk memberi laluan untuk pembangunan kepada DBKL, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan pemaju Sentul Murni Sdn Bhd.

 

Pembangunan yang akan dijalankan di situ berhubung kait dengan rancangan tahun 2006 untuk membangunkan bekas tanah rezab Melayu itu kepada satu kawasan perbandaran.

 

Malaysiakini singgah ke Kampung Chubadak petang semalam dan bertemu beberapa penduduk kampung.

Seorang daripada mereka, Jamil (bukan nama sebenar), menunjukkan kepada pasukan Malaysiakini kesan robohan dan rumah-rumah yang telah ditanda untuk dirobohkan.

 

Beliau mengimbas kembali kejadian pada Isnin baru-baru ini yang menyaksikan 100 pegawai DBKL, pegawai pejabat tanah dan polis hadir untuk merobohkan dua buah rumah, bersama pasukan polis Unit Tindakan Ringan yang dalam keadaan bersiap sedia.

"Segalanya berlaku terlalu pantas pada hari itu sewaktu saya tiada di rumah. Pegawai DBKL dan polis mengepung rumah...penduduk berasa takut dan tidak tahu apa perlu dibuat," katanya.

[Baca berita penuh]