Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang peguam, Shahredzan Johan berkata beliau melihat bahawa tindakan lemah lembut kerajaan negeri ke atas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) lebih bersifat politik dan bukan atas faktor perundangan.

Peguam itu berkata hal ehwal agama berada bawah bidang kuasa kerajaan negeri, maka ia bertanggungjawab untuk menyelia tindakan dan tingkah laku pihak berkuasa tersebut.

"Maka, persoalannya mengapa kerajaan negeri tidak boleh mengawal mereka? Jawapannya lebih kepada politik berbanding perundangan.

"MAIS dan JAIS adalah badan agama, mereka dilihat berada bawah (kuasa) sultan. Maka kerajaan negeri tidak mahu dilihat menentang sultan, walaupun realitinya mereka perlu sentiasa (menjalankan fungsi semak dan imbang) ke atas JAIS dan MAIS.

Kedua-dua pihak berkuasa itu mencetus kontroversi sekali lagi apabila melanggar ketetapan Peguam Negara dan enggan memulangkan 321 naskhah Bible dalam bahasa Melayu dan Iban yang dirampas dari Persatuan Bible Malaysia pada Januari.

Syahredzan memberi alasan, walaupun sultan masih menjadi ketua agama Islam di negeri, badan seperti JAIS dan MAIS masih perlu menjawab kepada kerajaan negeri, yang dipilih orang rakyat kerana Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan.

Sementara itu, pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari pula berpandanganm, wujud satu "dilema" kerana badan berkuasa agama itu berada bawah bidang kuasa Sultan Selangor.

"Sultan dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk bertindak sendiri, walau tanpa nasihat kerajaan negeri, atau yang bertentangan dengannya.

"Agama adalah hal ehwal negeri. Peguam Negara tiada kuasa ke atas negeri. Ini adalah undang-undang," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS