Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO: Ucapan 'pancung' ugutan jenayah, cemar duli
Diterbitkan:  Jun 24, 2014 1:10 PM
Dikemaskini: 5:14 AM

Kenyataan seorang pemimpin kumpulan pendesak Melayu PERKASA yang mengancam “memancung leher” pihak memperkotak-katik agama dan memperlekehkan sultan mengundang rasa tidak senang NGO lain.

Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang berkata, ucapan Yang Dipertua PERKASA Negeri Sembilan Ruslan Kassim ( bawah ) itu sebuah ugutan jenayah dan mencemar duli kerana membuat kata-kata kesat di kawasan istana.

SAMM negeri itu berkata, polis justeru perlu melakukan siasatan terhadap Ruslan dan mendakwanya bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Ini adalah perlu bagi memastikan kedaulatan undang-undang terjamin dan tiada individu atau pertubuhan yang mempunyai kekebalan undang-undang,” kata Penyelaras SAMM Pulau Pinang Mohd Aidil Fitri.

Dalam ucapan berapi-rapinya, Ruslan semalam berkata demikian dalam perhimpunan di depan istana Selangor, merujuk kepada “parasit” yang menurutnya “lebih baik berambus”.

“Kalau mereka tidak berhenti dari terus memperkotak-katikkan agama, kalau mereka tak berhenti dari terus memperlekehkan DYMM sultan, kita akan memancung leher mereka.

“Lebih baik mereka berambus, lebih baik mereka mati, lebih baik tidak berada di negara ini, daripada menjadi penyakit, menjadi virus, jadi parasit pada agama kita, bangsa kita, negara kita,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Aidil mengingatkan, sebagai sebuah negara berdaulat yang mempunyai undang-undang.

“Sesiapa yang melakukan kesalahan akan dihukum mengikut lunas undang-undang dan bukan dihukum oleh PERKASA atau individu yang lain.

“Dan hukuman pancung kepala langsung tidak termaktub dalam undang-undang Malaysia,” katanya.

[ Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS