Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib ziarah presiden PAS di IJN
Diterbitkan:  Jun 29, 2014 5:00 PM
Dikemaskini: 12:27 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa menziarahi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur tengah hari ini.

"Menziarahi Tuan Hj Hadi di hospital baru tadi. Moga cepat pulih, Insya-Allah," kata Najib dalam catatan di laman Twitternya.

Difahamkan kunjungan itu berlangsung kira-kira 45 minit.

Perdana Menteri turut memuatkan sekeping foto beliau bersama bekas Menteri Besar Terengganu itu dalam catatan itu.

Abdul Hadi kini menjalani pemeriksaan perubatan susulan di IJN selepas tahap kesihatannya dilaporkan terjejas semasa menghadiri satu persidangan di Turki bulan lepas.

- Bernama

ADS