Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
S'pura naikkan caj masuk kenderaan asing
Diterbitkan:  Jul 1, 2014 12:27 PM
Dikemaskini: 5:00 AM

Mulai 1 Ogos, bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing berdaftar ke Singapura akan dinaikkan dari S$20 kepada S$35 sehari, demikian menurut Lembaga Pengangkutan Darat (VEP) hari ini.

    

Dalam satu kenyataan, LTA juga memaklumkan kenaikan bayaran VEP bagi Permit Kenderaan Barangan (GVP) untuk kenderaan asing berdaftar juga akan dinaikkan kepada S$40 berbanding S$10 sebulan.

Kenaikan itu, bagaimanapun dikecualikan terhadap bas atau teksi.

    

Menurut LTA, waktu dikenakan VEP mengikut jam kekal iaitu dari jam 2 pagi hingga 12 tengah hari pada hari bekerja semasa Jun dan Disember, cuti sekolah di Singapura dan dari jam 2 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja selain dua tempoh cuti sekolah berkenaan.

    

Bayaran VEP bagi motosikal asing berdaftar kekal pada S$4 setiap hari.

    

Semua kenderaan asing berdaftar dan motosikal akan terus menikmati waktu bebas VEP iaitu pada Sabtu, Ahad dan cuti umum di Singapura, hari bekerja biasa dan antara 5 petang hingga 2 pagi pada hari lain (waktu VEP ini dilanjut untuk bermula pada 12 tengah hari dan bukan pada 5 petang semasa cuti sekolah pada Jun dan Disember di Singapura).

    

Lembaga itu memaklumkan kenderaan asing berdaftar boleh meneruskan pembelian GVP dengan harga semasa iaitu S$10, mulai Julai 2014.

    

Bagaimanapun, bagi GVP yang tamat tempohnya selepas Julai 2014 akan dikenakan bayaran S$40 sebulan.

    

Maklumat lanjut berhubung caj baharu VEP dan GVP untuk kenderaan asing berdaftar boleh diperoleh di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas.

    

Pengguna juga boleh melayari www.lta.gov.sg> 'Roads & Motoring’ > ‘Driving In and Out of Singapore’ atau menghubungi LTA di 1800-2255 582 (1800-CALL LTA) jika di Singapura atau 65-62255 582, jika membuat panggilan dari negara lain.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS