BERITA

Pakar undang-undang: S'gor perlu p'raya baru

Diterbitkan
Dikemaskini 5 Ogs 2014, 3:43 pagi

Pakar Perlembagaan, Abdul Aziz Bari berkata Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah mungkin berdepan masalah dalam melantik menteri besar yang baru dari PKR.

Beliau menimbulkan pendapat tersebut berdasarkan pandangan bahawa integriti penyandang jawatan itu, Tan Sri Khalid Ibrahim kini dipersoalkan oleh anggota parti itu.

Abdul Aziz berkata, Sultan Selangor mungkin dituduh mengamalkan pilih kasih terhadap pihak tertentu dalam PKR sekiranya baginda menggunakan budi bicaranya untuk melantik seorang menteri besar baru dari parti tersebut.

Justeru, cara terbaik untuk merungkai masalah itu ada dengan menjalankan pilihan raya negeri, kata bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu.

"Dalam senario ini sukar untuk Sultan melantik MB baru.

"Sukar untuk menentukan siapa yang mempunyai sokongan majoriti dalam dewan negeri.

"Malah PKR sendiri nampaknya berpecah-belah dengan puak Azmin belum memberikan sokongan (kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail).

"Cara lebih baik adalah membiarkan rakyat menentukannya menerusi pilihan raya negeri," katanya dalam satu kenyataan.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.