Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar hilang kata-kata ekoran kenyataan MB
Diterbitkan:  Aug 11, 2014 3:13 PM
Dikemaskini: 8:27 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim terkedu sejurus selepas Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu bahawa sultan Selangor berpuas hati dengan penjelasannya bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Dalam reaksi segeranya di Twitter, Anwar menjawab tweet sebuah portal berita yang melaporkan perkembangan itu, hanya dengan menulis dua tanda soal “??”.

Menjawab soalan sultan, Khalid hari ini menjelaskan, di sebalik pemecatannya daripada PKR, beliau masih memperoleh kepercayaan majoriti anggota dewan negeri.

Justeru, kata Khalid, sultan berpuas hati dengan penjelasan yang dipersembahkan dan selanjutnya memperkenannya terus memegang jawatan menteri besar.

Berikut beberapa reaksi segera di Internet berhubung keputusan terkini istana:

Datuk Ahmad Maslan, Ketua penerangan Umno

Sultan Selangor sudah memberi perkenan agar Tan Sri Khalid terus jadi MB Selangor. Episod amat menarik. Adakah PKR dan DAP akan mohon "sembah derhaka"?

Latheefa Koya, peguam dan pemimpin PKR

Amboi tebalnya kulit. Orang pecat dia, dia pula suruh exco letak jawatan!

Abdul Rahman Dahlan, m enteri perumahan

Ekoran majoriti ADUN Selangor menyokong TSKI (Khalid), Pakatan tak boleh dakwa Khalid tiada kesahan jadi MB. Pakatan sebenarnya tiada kesahan membentuk kerajaan.

Lihat Komen
ADS