Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tolong henti sakiti kami, rayu McD
Diterbitkan:  Aug 12, 2014 3:29 PM
Dikemaskini: 1:11 PM

Pengarah Pengurusan McDonald's Malaysia Stephen Chew merayu rakyat Malaysia supaya berhenti mengganggu kakitangannya ekoran kempen memulaukan kedai makanan segeranya ekoran perang Hamas-Palestin di Gaza.

Katanya mereka boleh memahami perasaan apabila ribuan nyawa yang tidak berdosa terkorban ekoran konflik itu, bagaimanapun kemarahan itu tidak boleh disalurkan kepada rakyat negara ini.

Lebih-lebih lagi, kata Chew, rakyat Malaysia sendiri kini masih bersedih ekoran tragedi nasional yang pelbagai lagi isu yang menimpa negara.

“Kami tidak perlu lagi kepedihan. Kita perlu peluh sebagai sebuah bangsa. Kita perlu mengasihi rakyat Malaysia lain lebih daripada membenci pihak lain,” kata Chew dalam tulisannya .

Sambil menceritakan amalan kekeluargaan antara 12,000 kakitangannya di seluruh Malaysia, Chew juga mengeluh bagaimana mereka diganggu, termasuk melalui demonstrasi di restoran mereka, gangguan melalui telefon dan secara fizikal.

“Sukar untuk melihat bagaimana perniagaan berancai kami terjejas, lebih sukar lagi untuk melihat kehidupan mereka terjejas kerana mempunyai keluarga untuk dijaga. Pekerja kami juga bergenang air mata kerana diancam melalui panggilan telefon,” katanya.

Selain itu, jelas Chew, terdapat juga kes pekerjanya dimalukan dan harta mereka dirosakkan sehingga takut untuk pulang berhari raya kerana bimbang diganggu.

“Kakitangan kami yang berpakaian seragam dihina secara terbuka. Yang lainnya disisihkan apabila pergi ke masjid. Malah anak-anak kakitangan kami, di sekolah mereka keliru dengan amaran guru-guru untuk tidak ke McDonald's.”

“Saya amat sedih bagaimana pemulauan ini menyakiti kakitangan kami,” katanya.

[Baca tulisan penuh Chew]

Lihat Komen
ADS