BERITA

MB akan saman jika PKR tak mohon maaf

Hafiz Yatim

Diterbitkan
Dikemaskini 13 Ogs 2014, 10:04 pagi

Tan Sri Khalid Ibrahim mengemukakan surat tuntutan kepada Datuk Saifuddin Nasution bagi memaksa setiausaha agung PKR itu memohon maaf dan menarik balik satu laporan yang memburuk-burukkannya.

Surat sepanjang 13 halaman itu dihantar melalui peguam Khalid dari firma Bon Advocates pada Isnin malam dan salinannya disaksikan oleh Malaysiakini hari ini.

Khalid menuntut Saifuddin menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf agar beliau tidak memulakan tindakan undang-undang.

Khalid dipecat daripada parti itu pada hari Sabtu lalu kerana enggan meletak jawatan sebagai menteri besar.

Laporan PKR itu antara lainnya membangkitkan kes hutangnya dengan Bank Islam, penstrukturan semula industri air Selangor, projek lebuh raya Kidex dan kutipan sampah di negeri itu.

Ia turut mempromosi Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan kedudukannya sebagai menteri besar.

Salinan laporan tersebut dihantar kepada pemimpin Pakatan termasuk ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presisen PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Salinan laporan PKR bertarikh 4 Ogos itu turut dihantar kepada jawatankuasa pimpinan pusat ketiga-tiga parti yang menganggotai Pakatan dan wakil rakyatnya.

Khalid mendakwa, laporan tersebut menggambarkan bahawa beliau terlibat dengan cara tidak mengikut undang-undang dalam penyelesaian hutang Bank Islam, terlibat dengan rasuah, tidak ikhlas, hipokrit, tidak beretika, tidak layak menjadi menteri besar dan menyalahguna kuasa demi kepentingan sendiri.

Difahamkan, Khalid akan mengemukakan lebih banyak surat tuntutan.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.