Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

N Surendran, peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, didakwa lagi di bawah Akta Hasutan, kali ini berhubung sebuah video di YouTube di mana dia didakwa mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan tuduhan liwat terhadap ketua umum PKR itu.

Menurut transkrip yang diberikan kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada pertuduhan itu, Surendran dituduh mendakwa bahawa tuduhan Liwat II merupakan satu helah untuk memenjarakan pemimpin pembangkang itu.

Surendran dipetik sebagai berkata demikian dalam video yang dirakam di Istana Kehakiman, Putrajaya antara jam 2 petang dan 4 petang 8 Ogos lalu.

Beliau juga didakwa mengkritik Najib "kerana menjelajah ke seluruh dunia berpura-pura sebargai seorang negarawan dunia" walaupun ketika Anwar dibicarakan.

Kertas tuduhan itu menyebut bahawa dakwaan kenyataan Surendran dalam video YouTube itu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan denda sehingga RM 5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, dan sehingga lima tahun penjara untuk kesalahan berikutnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS