Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Husam dakwa Muhyiddin cuba caturi PAS
Diterbitkan:  Sep 2, 2014 1:37 PM
Dikemaskini: 5:54 AM

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa wujud "usaha terancang" dari Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mencaturi PAS ketika kerjasama dalam Pakatan Rakyat kini teruji dengan kemelut politik Selangor.

Dakwanya, pasukan Muhyiddin mungkin menganggap sekarang waktu yang sesuai untuk menyelinap ke dalam struktur PAS di waktu hubungan parti itu dan sekutunya yang lain dalam Pakatan Rakyat berada dalam keadaan goyah.

"Saya tahu ada usaha terancang dari setengah kalangan Umno untuk menyerapkan agenda mereka ke dalam PAS. Khususnya dari pasukan TPM.

"Pasukan ini berpendapat, dengan menguasai institusi tertentu dalam PAS, PAS akan bergerak mengikut kehendak mereka.

"Mereka gagal memahami PAS adalah parti yang berbeza dengan Umno," katanya dalam kenyataan beliau hari ini.

Bagaimanapun, perkara itu tidak akan dapat dijalankan dengan mudah kerana PAS tidak akan bersetuju untuk mengikut arahan presiden parti dengan melulu jika bercanggah dengan keputusan mesyuarat parti.

"PAS tidak sama. Muktamar PAS adalah kuasa tertinggi. Majlis Syura sekali pun tidak boleh mengatasi Muktamar," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS