Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siswa dakwa digunakan sebagai buruh murah
Diterbitkan:  Sep 10, 2014 9:00 PM
Dikemaskini: 1:11 PM

Nusetti Santoshi, 23, meminjam wang dan menempuh ribuan kilometer untuk ke Kuala Lumpur demi mendapatkan pelajaran dan masa depan yang lebih baik.

Ia bagaimanapun didakwa berakhir sebagai buruh murah.

Katanya, beliau dijanjikan makanan percuma, tempat tinggal, latihan amali dan kerja selepas tamat belajar di sebuah kolej swasta di negara ini.

Beliau kini bagaimanapun rugi RM20,000, malah tidak dapat memegang pasportnya sendiri.

Pengarah Program Tenaganita Glorene Dass berkata, Santoshi, warganegara India, antara 37 mahasiswa Greencity International College yang membuat aduan sama kepada NGO hak pekerja warga asing itu.

Mahasiswa asing daripada pelbagai negara, termasuk Nepal, India, Bangladesh dan Iran didakwa dijanjikan diploma dalam bidang pengurusan pelayaran, latihan amali di hotel lima bintang dan penempatan kerja di kapal pelayaran selepas tamat.

Greencity bagaimanapun menafikan dakwaan itu, termasuk memegang pasport pelajarnya.

Jurucakapnya sebaliknya berkata, janji-janji itu sebenarnya dibuat agen di tempat asal pelajarnya, tanpa persetujuan mereka.

Jurucakap itu juga berkata, pelajar mereka ditempatkan di hotel-hotel sebagai sebahagian daripada latihan amali dan bukan sebagai buruh murah.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS