Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kos pembantu rumah cecah RM14,000
Diterbitkan:  Oct 7, 2014 1:30 PM
Dikemaskini: 5:32 AM

Kos pengambilan pembantu rumah asing kini mencecah sehingga RM14,000 bagi kos perjalanan, permit dan gaji untuk tiga bulan pertama.

Walaupun kerajaan menetapkan kos pengambilan pembantu rumah asing Indonesia adalah pada kadar RM8,000 berdasarkan Memorandum Persefahaman Mengenai Pekerja Domestik Indonesia 2011, namun rata-rata ejen pembantu rumah mengenakan harga yang lebih tinggi.

Menurut akhbar Sinar Harian hari ini, terdapat juga ejen tidak berdaftar menawarkan harga lebih murah bermula daripada RM2,500 hingga RM6,000 dengan kadar bayaran bulanan sebanyak RM550 hingga RM700 tanpa had kerja.

Malah, ejen tidak berdaftar itu juga menjanjikan potongan gaji selama tiga bulan sekiranya pembantu warga asing tersebut lari rumah.

Bagaimanapun, terdapat mangsa yang ditipu sebanyak RM7,300 oleh ejen tidak berdaftar tersebut yang didapati daripada laman web amah murah.

Sementara itu, menurut Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerja Asing Malaysia (PIKAP), Datuk Raja Zulkepley Dahlan dilaporkan berkata, beliau menganggarkan seramai 7000 orang pembantu rumah diperlukan tahun ini dan warga Indonesia masih menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Tambahnya, terdapat 320,000 pembantu rumah sehingga kini dan angka itu dijangka meningkat memandangkan jumlah permintaan yang semakin tinggi.

"Kebergantungan rakyat Malaysia masih tinggi, sejak kerajaan Indonesia mengeluarkan moratorium yang mengawal kemasukan rakyatnya ke negara, itu menyebabkan permintaan itu tidak dapat dipenuhi.

"Kita anggarkan tahun ini seramai 7,000 pembantu rumah masih diperlukan di negara ini dan warga Indonesia masih menjadi pilihan utama rakyat Malaysia," beliau dipetik sebagai berkata oleh harian itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS