Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun bersetuju dengan cadangan untuk menaiikan gaji para MP.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, menteri itu turut menjelaskan bahawa beliau tidak mengancam pembangkang dalam isu tersebut.

"Saya tidak ancam pembangkang, kesemua pihak setuju dengna isu ini. Ketua pembangkang sudah bersetuju dengan perubahan gaji.

“Saya tidak ancam mana-mana pihak tetapi saya hanya menyampaikan persetujuan itu dalam cara yang baik,” katanya.

Dalam sidang media terdahulu, Shahidan berkata sekiranya terdapat tentangan ke atas usaha tersebut, cadangan kenaikan gaji itu akan dibatalkan.

Menurutnya, cadangan "perubahan" elaun tersebut secara dasarnya telah dipersetujui oleh Ketua Pembangkang dan MP Pakatan Rakyat yang lain.

"Jawatankuasa dewan yang dipengerusi oleh Speaker telah hantar cadangan kepada kabinet pada 2012.

"Kalau ada yang  bangkang kita takkan ubah dan lupakan terus perubahan gaji.

"Biarlah kita ikat perut...

"Pembangkang dan ketua pembangkang semua setuju perubahan gaji (dan) tambah peruntukan untuk pejabat dan pegawai penyelidik  mereka," kata beliau dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Shahidan merujuk kepada pendirian pembangkan ke atas cadangan untuk menaikkan gaji para MP pada 2012.

Bagaimanapun, para MP tersebut tidak menentang cadangan kenaikan gaji tetapi mahu ia disalurkan pada pegawai kajian untuk membantu mereka semasa perbahasan, katanya.

Katanya, jawatankuasa yang dibentuk di antara Pakatan dan BN bersetuju dengan kenaikan gaji dan mengemukakan cadangan kepada kabinet.

Shahidan yang juga MP Arau berkata beliau tidak mahu menggunakan perkataan "kenaikan" kerana akan memberi persepsi negatif dan menyebabkan rakyat marah.

Sebaliknya beliau meminta perkataan "perubahan gaji" digunakan oleh media untuk perkara ini.

Beliau berkata "perubahan gaji" itu tidak melibatkan perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri dan timbalan menteri.

Shahidan berkata elaun MP yang sekarang ini berjumlah kira-kira RM6,500 adalah antara yang paling rendah di dunia.

Beliau turut bercerita mengenai seorang MP dari Uganda yang terkejut dengan gaji rendah MP dari Malaysia itu.

"MP mana boleh bawa balik duit. Tak pernah tengok MP begitu, Raya korban pun dah habis gaji. Sekarang lembu harga mahal," katanya.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini