Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
RON95, diesel, LPG dikecuali GST
Diterbitkan:  Oct 10, 2014 5:00 PM
Dikemaskini: 9:09 AM

Bagi memulakan usaha membantu rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan cadangan kerajaan untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan individu antara satu

hingga tiga mata peratusan, menjadikan 300,000 orang tidak lagi perlu membayar cukai bagi tahun taksiran 2015.

    

Selain itu, golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan juga tidak lagi perlu membayar cukai pendapatan, lapor Bernama .

    

Beliau turut memberi jaminan bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan April tahun depan tidak membebankan rakyat kerana mereka yang menggunakan petrol RON95, diesel dan LPG bakal menikmati pelepasan cukai itu.

Kerajaan turut mencadangkan senarai barang makanan dan perkhidmatan asas tidak dikenakan GST.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berdasarkan maklumbalas pelbagai lapisan masyarakat, kerajaan telah bersetuju untuk meluaskan skop barangan yang tidak dikenakan GST.

* Semua jenis buah-buahan tempatan dan diimport;

* Roti putih dan roti wholemeal;

* Serbuk kopi, serbuh teh dan serbuk koko;

* Mi kuning, kuetiau, laksa dan bihun;

* Ubat-ubatan penting nasional yang meliputi hampir 2,900 jenama ubat. Ubat-Ubatan ini adalah bagi kegunaan rawatan untuk 30 jenis penyakit termasuk sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dan rawatan kesubuhan.

* Bahan bacaan seperti buku mewarna kanak-kanak, buku latihan dan rujukan, buku teks, kamus dan kitab agama, dan

* Surat khabar.

 

Bajet 2015 mencadangkan lebih separuh daripada 944 barang dan

perkhidmatan diberi penurunan harga sehingga 4.1 peratus apabila cukai itu dilaksanakan.

    

Antaranya ialah ubat-ubatan, barangan elektrik, produk tekstil, barangan plastik, perabot, lampin bayi dan bahan makanan seperti beras, daging, telur ayam, minyak masak dan sayur-sayuran.

    


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS