Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kilang muflis, pekerja tiada gaji, pasport
Diterbitkan:  Oct 13, 2014 12:26 PM
Dikemaskini: 4:30 AM

Lebih 500 pekerja asing kini bingung apabila kilang tempat mereka bekerja muflis dan pemiliknya didakwa memegang pasport mereka.

Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Johor Mohanandas Krishnan kilang perabot di Ledang itu ditutup pada 1 Oktober tanpa sebarang notis kepada pekerja.

Katanya, terdapat 300 pekerja Nepal di kilang itu, Bangladesh (100), Pakistan (50), Malaysia (50), Myanmar (40) Indonesia (10) dan seorang Sri Lanka.

Mohanandas juga mendakwa, syarikat itu tidak membayar gaji untuk Ogos dan September lalu.

“Pekerja-pekerja menuntut gaji yang tidak dibayar daripada majikan tetapi sehingga ke hari ini masih tiada jawapan.

"Mereka juga masih tidak menahu berhubung status pekerjaan,” kata Mohanandas.

Seorang pekerja warganegara Bangladesh membuat laporan polis di Grisek.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS