Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Gesa bakar Bible yang diedar di sekolah saja'
Diterbitkan:  Oct 13, 2014 9:35 PM
Dikemaskini: 1:38 PM

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menjelaskan seruan membakar Bible yang dibuatnya sebelum ini disalah tanggap.

Katanya, beliau menasihatkan ibu bapa Islam mengambil tindakan itu jika anak mereka menerima naskhah Bible berbahasa Melayu yang mempunyai kalimah Allah sahaja, lapor Utusan Malaysia.

“Apabila wartawan bertanya kepada saya apakah pendirian PERKASA tentang isu tersebut, saya cadangkan tindakan itu untuk mengelakkan anak-anak keliru dan akidah mereka tergugat.

“Saya merujuk kepada Bible versi bahasa Melayu dan mempunyai kalimah Allah yang disedarkan di sekolah sahaja, saya tidak kata bakar semua Bible,” beliau dipetik sebagai berkata ketika dihubungi harian itu di Kuala Lumpur semalam.

Merujuk sikap pembangkang yang tidak berpuas hati apabila tiada tindakan diambil terhadapnya, Ibrahim berkata, kenyataan asalnya dikelirukan dan beliau merujuk kepada insiden di Pulau Pinang sahaja.

Lihat Komen
ADS