Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peniaga India buat lapor polis terhadap MPK
Diterbitkan:  Oct 14, 2014 8:19 AM
Dikemaskini: 5:26 AM

Persatuan Peniaga Tekstil dan Barang Am India Malaysia (MITA) membuat laporan polis terhadap Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi menuntut pampasan atas kerosakan yang dialami berikutan penjualan khemah Deepavali tidak memenuhi piawaian oleh majlis perbandaran itu.

Setiausaha MITA Maheswary Ramasamy berkata beliau membuat laporan itu di ibu pejabat Polis Klang Selatan kira-kira 10 pagi semalam.

Beliau mendakwa hujan lebat dan ribut kelmarin menyebabkan beberapa khemah yang dijual MPK tumbang, dan mengakibatkan kerosakan teruk ke atas barangan yang dijual para peniaga di 'Little India' Klang.

    

"MPK mewajibkan peniaga membeli khemah berharga RM250 itu walaupun MITA memberi peringatan awal bahawa kanopi lipat bermutu rendah dan mudah tumbang.

    

"Perniagaan yang selalunya laris ketika musim perayaan, kini sudah terjejas," katanya kepada Bernama.    

    

Maheswary berkata MITA menuntut MPK membayar semula harga khemah itu dan  pada masa  sama membenarkan peniaga di 'Little India' menyewa khemah dari pembekal tempatan.

    

Beliau berkata pada tahun-tahun sebelumnya, kira-kira 160 peniaga di 'Little India' diberi pilihan untuk menyewa khemah berkualiti tinggi daripada pembekal tempatan.

    

Beliau juga mencadangkan kadar RM300 yang dikenakan MPK ke atas setiap peniaga Deepavali bagi kerja-kerja pembersihan di 'Little India' dikurangkan kepada RM100.

    

"Kami mempunyai kira-kira 160 gerai di Little India dan adalah tidak logikuntuk MPK untuk membelanjakan RM48,000 (RM300 X 160 gerai) hanya untuk membersihkan Little India selepas musim membeli-belah," katanya.

    

MPK sebelum ini menegaskan bahawa khemah gred "B" berharga RM250 adalah berkualiti baik dan mampu dimiliki bagi menangani dakwaan peniaga yang mengadu mengenai khemah standard rendah dan reka bentuknya yang tidak teratur.

    

Sementara itu, Ketua Polis Klang Selatan ACP Kamarul Zaman Mamatmengesahkan ada menerima laporan itu.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS