Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

DAP mempertikaikan penganugerahan kontrak bernilai RM77 juta yang didakwa diberi secara rundingan terus kepada saudara Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa kontrak label keselamatan arak itu dianugerahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia kepada sebuah syarikat.

Dakwanya, saudara Hishammuddin itu mempunyai 68 peratus saham dalam syarikat itu.

Beliau mengajukan dua soalan untuk dijawab kerajaan mengenai dakwaannya itu.

"Apa sebabnya kerajaan menawarkan kontrak untuk mencetak label keselamatan ini secara rundingan terus kepada syarikat ini?

"Soalan kedua, adakah penggunaan label keselamatan ini berkesan untuk mencegah penyeludupan arak?" tanya Tony.

Menurutnya, syarikat sama sebelum ini mendapat kontrak untuk mencetak label keselamatan kotak rokok pada harga yang mahal iaitu 11 sen bagi setiap kotak.

"Adakah syarikat ini sahaja yang mampu mencetak label keselamatan di negara ini pada harga atau kos yang paling rendah?" tanya beliau.

Menurut Tony, penggunaan label keselamatan pada kotak rokok dan arak tidak mampu mencegah aktiviti penyeludupan.

Lihat Komen
ADS