Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shahrizat: Kenal pasti punca gagal tutur BM
Diterbitkan:  Oct 28, 2014 8:27 AM
Dikemaskini: 6:19 AM

Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendesak Kementerian Pendidikan menjalankan kajian menyeluruh bagi mengenal pasti punca kegagalan pelajar bukan Melayu bertutur dalam bahasa Melayu.

    

Shahrizat berkata kajian menyeluruh perlu dilakukan oleh kementerian berkenaan bagi mengetahui tahap keseriusan dan punca kegagalan pelajar bukan Melayu itu kerana ia boleh menggugat agenda nasional.

    

Beliau berkata kes pelajar tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu tidak sepatutnya berlaku kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang wajib dikuasai oleh setiap warganegara.

    

Shahrizat mengulas laporan akhbar memetik kenyataan Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Teo Kok Seong

yang menyatakan dalam satu kajian 2010 mendapati 604 peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berbangsa Cina dan India tidak boleh bertutur dalam bahasa

Melayu.

    

"Wanita Umno mahu bahasa Melayu terus diberi keutamaan untuk menjadi pengikat keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar semaalam.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS