Kahwin 'China Doll' anak sukar dapat kerakyatan

Radzi Razak        

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta rakyat Malaysia memikirkan masa depan anak-anak termasuk kewarganegaraan dan agama sebelum berkahwin.

Beliau berkata antara masalah anak tidak diberikan taraf warganegara Malaysia adalah perkahwinan 'dengan pendatang asing seperti 'China doll'.

   

Beliau berkata selain itu, perkahwinan pasangan Islam di luar negara, yang tidak didaftarkan selepas kembali ke Malaysia, juga menyumbang kepada isu berkenaan.

   

"Ini masalah yang banyak datang kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Kita melihat masalah ini secara satu per satu dan saya mohon supaya kesedaraan keagamaan, dan patuh kepada undang-undang diberi keutamaan supaya anak-anak tidak dimangsakan," kata beliau menjawab soalan soalan tambahan Alice Liau Kiong Yieng (DAP-Lanang).

Alice bertanya mengenai bagaimana kerajaan menangani masalah kanak-kanak tanpa bernegara khususnya di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, bukan semua kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia dianugerahkan taraf warganegara Malaysia secara automatik kerana ia bergantung kepada status perkahwinan dan kewarganegaraan ibu bapa.

Menurut beliau, Jabatan Pendaftaran Negara mempunyai unit khas untuk membantu pendaftaran anak yang tidak mempunyai dokumen.

Beliau menjawab soalan tambahan Alice Liau Kiong Yieng (DAP-Lanang) mengenai bagaimana kerajaan menangani masalah kanak-kanak tanpabernegara khususnya di Sabah dan Sarawak.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In