Berita Malaysiakini

PM 'letih, malu' BN digelar pembangkang S'gor

Alyaa Azhar  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau “letih” dan “malu” setiap kali BN digelar sebagai pembangkang di Selangor.

"Saya rasa letih dan sangat memalukan apabila kita (BN) dipanggil pembangkang.

"Saya tahu anda semua rasa letih dan malu juga,” katanya dalam ucapan di konvensyen Umno Selangor hari ini.

Oleh itu, anggota parti berkenaan perlu berani membuat perubahan bagi merampas semula negeri berkenaan dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, Umno Selangor perlu menerima hakikat bahawa mereka tewas dua kali dalam pilihan raya umum.

Tegasnya, Selangor merupakan negeri yang strategik dan kebanyakan dari kerusi pilihan raya terdiri dari kawasan bandar dan separa bandar.

Najib turut mengakui bahawa masyarakat pada masa ini lebih berpendidikan dan berfikiran lebih kritikal.

Ada di kalangan mereka yang percaya bahawa mereka tidak lagi perlu bergantung kepada kerajaan untuk menjalani kehidupan.

Oleh yang demikian, Umno Selangor perlu memikirkan kaedah baru untuk mencapai hasil yang berbeza – untuk merampas semula Selangor.

"Jika kita tidak menukar strategi atau pemikian, adakah kita akan mendapat hasil berbeza?,” kata Najib.

Najib, yang mengetuai Umno Selangor semasa pilihan raya umum lalu, memberi jaminan bahawa beliau akan membantu usaha berkenaan.

Namun, keputusan itu perlu dicapai dengan “kos rendah dan hasil yang tinggi”, tegasnya.

Beliau juga mengingatkan para anggota agar akan mengutamakan kepentingan parti dan menegur pihak yang mengesyorkan calon tertentu dari kalangan pengikut mereka.

"Ini bermakna kita hanya memikirkan kepentingan kita dan bukannya kemenangan Umno,” katanya.

Dalam kritikannya ke atas Pakatan Rakyat, beliau seterusnya membangkitkan mengenai usaha ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantik isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar.

“Rakyat Selangor lebih kerana krisis Selangor. Ya, mereka letih dengan Pakatan, tetapi adakah ini bermakna sokongan akan beralih kepada Umno?,” soalnya.

Jelasnya, Umno boleh meraih keuntungan daripada krisis itu jika mereka dapat menunjukkan bahawa parti tersebut dapat menawarkan kepimpinan yang lebih baik.

“Saya tahu jika kita diberikan kepercayaan, kita akan buat lebih baik berbanding Pakatan,” katanya yang turut membangkitkan mengenai kemurkaan sultan Selangor ke atas pemimpin Pakatan.

[Baca berita penuh]