Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyarankan peminjam yang belum mula membuat pembayaran balik mempunyai tempoh dua bulan untuk berunding bagi tujuan itu.

Pengerusinya Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata peminjam mempunyai tempoh selewat-lewatnya 31 Disember ini untuk berbuat demikian di 25 pejabatnya seluruh negara sebelum pelaksanaan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Bercakap dalam sidang media petang ini, beliau berkata terdapat tiga pilihan bagi peminjam menyelesaikan pinjaman mereka iaitu melalui penyelesaian penuh secara sekaligus dan mendapat diskaun 20 peratus.

"Menjadualkan semula pinjaman dengan menyelesaikannya secara ansuran dalam tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember 2015 dan mendapat rebat 10 peratus,

"(Atau) menstruktur semula hutang dengan maun ansuran berasaskan kemampuan bagi tempoh tidak melebihi umur 60 tahun tertakluk pada syarat yang ditetapkan," katanya.

Sementara itu, Shamsul Anuar berkata penyenaraian peminjam dalam CCRIS untuk menggalakkan mereka agar lebih berdisiplin membuat pembayaran semula sebelum ia dilaksana pada Januari 2015.

Beliau turut menepis tanggapan sesetangah pihak bahawa CCRIS berperanan sebagai sistem untuk menyenarai hitam pemimjam.

"Menyedari CCRIS melaporkan rekod pinjaman kepada institusi-institusi kewangan, peminjam PTPTN khususnya peminjam tegar akan lebih bertanggungjawab untuk memastikan komitmen bayaran bulanan mereka dibuat dengan konsisten," kata Shamsul Anuar.

Seramai 173,985 peminjam bakal berdepan dengan penyenaraian itu, katanya.

Mereka terdiri daripada peminjam yang tidak pernah membuat pembayaran melebihi tiga tahun dari tarikh pembayaran bermula yang melibatkan pembayaran tertunggak berjumlah RM1.23 bilion, kata Shamsul lagi.

Katanya, sehingga 30 September seramai 558,475 jumlah peminjam termasuk mereka yang baru tamat belajar masih belum menjelaskan apa-apa bayaran berjumlah RM4.3 bilion


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS