Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemantau rasuah: Heret kontraktor ke mahkamah
Diterbitkan:  Nov 12, 2014 5:20 PM
Dikemaskini: 9:26 AM

Badan pemantau rasuah Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap kontraktor dalam program e-pembelajaran di sekolah-sekolah 1Bestari Net.

Presiden TI-M Akhbar Satar ( bawah ) berkata, laporan terkini Ketua Audit Negara jelas menunjukkan penyedia perkhidmatan YTL Communications Sdn Bhd “gagal menunaikan tanggungjawab dalam kontrak”.

Katanya, kegagalan menyelesaikan projek RM633 juta menjelang tarikh akhir pada Jun membolehkan kerajaan kerajaan mendapatkan bantuan guaman.

Laporan Ketua Audit Negara 2013 siri ketiga yang dikeluarkan Isnin lalu mendapati, selepas RM663 juta dibelanjakan untuk memperkenal jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi, pelajar masih dibelenggu sambungan Internet perlahan.

Malah, audit menyebut, projek 1Bestari Net, yang termasuk persekitaran pembelajaran maya (VLE), juga jarang digunakan pelajar dan guru.

Mengikut kontrak, sebanyak 9,191 sekolah akan dibekalkan dengan jaringan jalur lebar antara 4Mbps sehingga 20Mbps.

Sebilangan kecil sekolah, sebanyak 698 buah, dirancang dilengkapkan dengan jalur lebar berkelajuan minimum 2Mbps sehingga 4Mbps.

Bagaimanapun, audit di 46 sekolah mendapati 41 buah (89.1 peratus), hanya mendapat kemudahan jalur lebar berkelajuan antara 0.2Mbps hingga 3.62Mbps.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS