Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mimbar: M'sia binasa jika tak bendung LGBT
Diterbitkan:  Nov 14, 2014 5:30 PM
Dikemaskini: 10:15 AM

Mimbar Jumaat memberi amaran bahawa negara Malaysia mungkin akan dibinasakan sekiranya kegiatan pihak yang kecelaruan identiti gender tidak dibendung.

Teks tersebut seterusnya memberi amaran bahawa kegiatan pihak kecelaruan identiti itu boleh membawa kepada perkembangan amalan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Teks khutbah yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia turut meminta jemaah mengambil teladan daripada mengenai nasib yang menimpa kaum Nabi Lut di Sadom dan Amurrah.

Masyarakat tersebut dimusnahkan Allah kerana perbuatan terpesong daripada fitrah manusia, teks itu dipetik.

"Akibatnya mereka ini dimusnahkan oleh Allah SWT. Fikirkanlah... adakah kita mahu bala bencana dan malapetaka menimpa kita pula disebabkan oleh gagalnya kita mempertahankan syariat islam?

"Janganlah disebabkan oleh nafsu dan kepentingan peribadi, kita sanggup menggadaikan agama dan akidah.

"Ingatlah bahawa Rasulullah SAW pernah berpesan dalam hadithnya yang bermaksud: Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang perempuan yang menyerupai lelaki (Hadith Riwayat Ibn Abbas)," teks itu dipetik.

Teks tersebut juga memberi amaran mengenai "usaha terancang pihak tertentu" yang didakwa mencabar dan menggugat nilai etika keluarga Islam.

"Gerakan seumpama ini pada dasarnya merupakan manifestasi ideologi humanisme sekular yang sekarang ini bergerak pantas didokong oleh arus pemikiran liberalisme atau budaya kebebasan secara melampau tanpa menghiraukan kepentingan umum dan ketetapan syariat Allah SWT," teks itu dipetik.

Ia turut mengingatkan jemaah agar bertanggungjawab menjaga membantu dan memerintahkan ahli keluaga mentaati Allah dan mencegah mereka daripada melakukan “maksiat” itu.

Lihat Komen
ADS