Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Loga: Sultan yang mahu nama jalan ditukar

Keputusan menukar nama jalan-jalan di Kuala Lumpur sempena sultan-sultan dibuat atas permintaan Majlis Raja-raja, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan M Loga Bala.

Loga juga menjelaskan, keputusan menukar lapan nama jalan di Kuala Lumpur itu kemudian dibuat tahun lalu oleh kementerian.

Perkara itu kemudian dibawa untuk perhatian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kabinet memutuskan perkara itu pada 4 Jun.

“Majlis Raja-raja berkata tidak banyak nama jalan di Kuala Lumpur dinamakan sempena sultan, jadi mereka mahu tukar,” katanya.

Loga Bala ( kiri ) berkata, pertukaran itu tidak melibatkan sebarang kos daripada kementerian atau DBKL.

Anggota parlimen Segambut Lip Lim Eng bagaimanapun menuntut kerajaan menjalankan referendum terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pertukaran.

Tanpa menolak idea menamakan jalan sempena nama sultan, Lim berkata kementerian terbabit patut melakukannya untuk jalan baru dan bukan jalan sedia ada.

“(Jika tidak) perkara ini akan menyebabkan kekeliruan di kalangan orang awam,” tambahnya.

Nama baru mulai esok

Pertukaran nama jalan itu dilaporkan seperti berikut:

  1. Jalan Duta ditukar kepada Jalan Tunku Abdul Halim.

 

  • Jalan Khidmat Usaha ditukar kepada Jalan Sultan Haji Ahmad Shah.
  •  

  • Jalan Ipoh (dari persimpangan Jalan Segambut hingga persimpangan Jalan Pahang) ditukar kepada Jalan Sultan Azlan Shah.
  •  

  • Persiaran Duta ditukar kepada Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin.
  •  

  • Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah akan ditukar menjadi Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin.
  •  

  • Lebuh raya Mahameru ditukar kepada Lebuh raya Sultan Iskandar.
  •  

  • Persiaran Mahameru ditukar kepada Persiaran Tuanku Ja'afar.
  •  

  • Jalan Semarak ditukar kepada Jalan Sultan Yahya Petra.
  • DBKL dalam kenyataannya dilapor berkata, nama baru akan mula digunakan mulai esok.

    [Baca berita asal]

    Lihat Komen
    ADS