BERITA Malaysiakini

Bekas bos KFC nafi tawar RM100j bagi pihak Anwar

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Ahli perniagaan Datuk Ishak Ismail menafikan membuat tawaran RM100 juta kepada Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman pada 2008 supaya beliau meninggalkan BN dan membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan pusat.

Bekas timbalan pengerusi eksekutif KFC itu berkata beliau menafikan sepenuhnya perkara itu dan sebaliknya mendakwa didekati “orang tengah” Anifah beberapa bulan lalu untuk memujuk Anwar menarik balik saman fitnah terhadap Anifah.

“Bila saya menjawab saya tidak berhubung dengan Anwar dan tidak boleh lakukannya, pengantara itu berkata nama saya akan diheret sama dalam prosiding (kes itu),” katanya.

Anifah pada 27 November memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau ditawarkan RM100 juta serta jawatan timbalan perdana menteri oleh pasukan Anwar, ketua umum PKR, untuk berpaling tadah.

Katanya, tawaran itu juga bagi membawa 10 anggota parlimen Sabah menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 2008.

Beliau menjawab soalan yang paguamnya Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan menamakan individu itu sebagai Ishak.

[Baca berita asal]