Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Penganjur sebuah majlis makan malam yang didakwa ada hubungan dengan Parti Komunis Malaya yang telah dibubarkan, akan disoalsiasat oleh pihak polis, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan.
 
Thaiveegan berkata setakat ini 24 laporan - dua dari Johor dan selebihnya dari Pulau Pinang - telah dibuat terhadap penganjur majlis makan malam itu yang diadakan di dewan serbaguna di Butterworth pada hari Sabtu.
 
Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, beliau berkata kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.
 
Thaiveegan, bagaimanapun, enggan mendedahkan identiti atau jumlah individu yang akan disiasat berhubung kes tersebut dan menegaskan bahawa pihak polis akan menghubungi mereka secara langsung.
 
Katanya, pihak polis akan menyiasat perkara itu dari awal, bagaimana ia bermula, dan akan memaklumkan tentang perkembangan.
 
Beliau berkata majlis makan malam itu dikatakan berkaitan dengan kain rentang yang mempromosikan komunisme yang memaparkan gambar bekas Setiausaha Agung PKM Chin Peng yang ditemui di Butterworth minggu lalu.
 
Chin Peng meninggal dunia di Bangkok pada 16 September tahun lepas dan kerajaan Malaysia enggan membenarkan abunya dibawa balik ke Malaysia untuk dsemadikan.
 
 

Lihat Komen
ADS