Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahathir: Tunduklah dengan malu, Amerika
Diterbitkan:  Dec 8, 2014 7:41 PM
Dikemaskini: 11:47 AM

Rakyat Amerika Syarikat (AS) patut tunduk malu selama-lamanya kerana tanah mereka sebenarnya “dicuri daripada (penduduk asal) Red Indian melalui pembunuhan kaum”, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu nyata masih berang dengan kenyataan Naib Presiden AS Joe Biden berhubung Akta Hasutan dan kes melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di samping mengkritik Biden Sabtu lalu, Mahathir ( kanan ) turut menulis dalam blog berhubung perkara itu.

Katanya, AS sentiasa berasa bahawa mereka demokrasi terbaik di dunia dan oleh itu boleh memberitahu pihak lain apa yang perlu dibuat.

“Atas andaian ini, Biden selar Malaysia,” katanya.

Mahathir membalas, Biden seorang naib presiden di negara yang menahan tanpa bicara lebih sedekad dan menyeksa tahanannya.

Mahathir juga berkata, AS juga tidak ragu-ragu menyerang negara lain, membunuh jutaan orang yang tidak berdosa serta memusnahkan kampung halaman orang lain dan sistem kemudahan asasnya.

“Apa hak Biden untuk menyelar pengekalan undang-undang bagi mencegah konflik kaum dan keganasan di Malaysia?

“Hari ini AS terlibat membunuh orang yang menentang Amerika. Malaysia pernah menahan tanpa bicara. Tetapi AS menjatuhkan hukuman mati tanpa bicara, malah tanpa pengetahuan mangsanya...

“Ia dilakukan oleh pegawai-pegawai mereka. Mereka ini lantik diri sendiri sebagai hakim, pendakwa raya dan algojo. Inilah amalan keadilan Amerika,” tambahnya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS