Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Seniman Mustapha Maarof meninggal dunia
Diterbitkan:  Dec 15, 2014 10:12 AM
Dikemaskini: 12:38 PM

Jenazah seniman veteran Datuk Mustapha Maarof selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, di ibu negara pada 3 petang ini.
 
Terdahulu, jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Amru Ibnu Al-Asr, Bandar Baru Sentul selepas solat Zohor.
 
Antara yang hadir di tanah perkuburan itu ialah Pengarah Urusan Skop Production Datuk Yusof Haslam, pelakon Datuk Rosyam Nor dan Aznah Hamid.
 
Mustapha, 79, atau nama sebenarnya, Mustapha Azahari Maarof meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini, pada 8.40 pagi tadi akibat komplikasi paru-paru yang mula dikesan pada 25 November lepas.
 
- Bernama

Lihat Komen
ADS