Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yakin bahawa syarikat pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak menghadapi masalah besar selain persepsi negatif terhadap syarikat tersebut.

Syarikat itu juga mencatat keuntungan untuk tempoh empat tahun berturut-turut, katanya mengulas mengenai laporan polis terhadap syarikat itu oleh naib pengerusi Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

“Mereka hanya merekodkan kerugian tahun lepas. Saya pasti syarikat tersebut tiada masalah besar kecuali persepsi negatif ekoran laporan polis oleh Khairuddin.

“Saya harap beliau akan dapat maklumat betul mengenai 1MDB,” kata Ahmad sambil menambah bahawa laporan polis itu menunjukkan seolah-olah syarikat tersebut menghadapi masalah.

“Aset mereka dalam kedudukan baik, saya pasti mereka akan bangkit semula,” katanya.

Khairuddin membuat laporan tersebut minggu lalu kerana sangsi dengan pengurusan syarikat berkenaan yang dirasakannya tidak telus.

Sementara itu, Ahmad berkata, syarikat tersebut dipimpin oleh lembaga pengarah yang bertanggungjawab dan juga penasihat yang terkenal.

Bagaimanapun, beliau tetapi berharap agar ketua pegawai eksekutif dan pengerusinya akan membuat kenyataan secara berterusan kepada orang awam.

“Mereka patut menerangkan dengan jelas isu yang dibangkitkan oleh orang awam. Saya hanya jawab isu di Parlimen. Di luar Parlimen, mereka yang patut jawab,” katanya.

[Baca berita penuh]

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini