Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jakarta: Bersedia hadapi kemungkinan terburuk
Diterbitkan:  Dec 29, 2014 8:00 AM
Dikemaskini: 10:52 AM

Semalam penerbangan pesawat AirAsia QZ8501 yang membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal, hilang.

Pesawat Airbus 320-200 itu berlepas dari Surabaya, Indonesia pada jam 5.20 pagi waktu tempatan (6.20 pagi waktu Malaysia) dan dijangka tiba di Singapura dua jam kemudian, tetapi ia  terputus hubungan dengan kawalan trafik udara.

Pihak berkuasa Indonesia melancarkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) semalam.

Manakala laporan bahawa pesawat itu mungkin terhempas berhampiran Pulau Belituing di luar pantai Sumatera telah tidak disahkan.

Malaysiakini membawa kepada anda yang maklumat kemas kini secara langsung.

LAPORAN LANGSUNG

Perkembangan terkini:
 
- Serpihan dikesan di kawasan carian, kata sumber yang belum disahkan.
 
- Pihak penyelamat berkata tiada tanda isyarat kecemasan pesawat.
 
- Saham Air Asia menjunam sebanyak 12.9 peratus.
 
- Ketua SAR Indonesia mengatakan, pesawat mungkin berada "di dasar bawah laut".
 
-Operasi mencari dan menyelamat disambung semula. 

5.52pm: Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla berkata beliau telah dimaklumkan mengenai serpihan yang dikatakan ditemui di Laut Jawa oleh pesawat pengawasan Australia.
 
Bagaimanapun, Jusuf berkata beliau tidak boleh mengesahkannya sehingga analisis lanjut dijalankan, laporan Channel News Asia.
 
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan tanpa menetapkan tempoh masanya dan "bersedia menghadapi kemungkinan terburuk".
 
Naib Presiden berkata satu pasukan antarabangsa terdiri daripada kira-kira 30 kapal dan pesawat sedang memantau lokasi terakhir QZ5801 serta mendapatkan bantuan nelayan tempatan.
 
Beliau berkata UK dan Perancis adalah negara terbaru menawarkan bantuan dan Indonesia sedang menimbangkan tawaran itu.
 
Sementara itu, ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia, Tony Fenandes berkata syarikatnya tidak akan menyentuh tentang pampasan buat masa ini kerana usaha mencari sedang berjalan.
 

5.20pm: Kapal terbang AirAsia QZ8501 bukan merupakan satu-satunya pesawat di udara di lokasi terakhirnya, kata pihak berkuasa penerbangan udara Indonesia. 

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Piawaian Penerbangan Udara Indonesia, Wisnu Darjono berkata, terdapat tujuh kapal terbang lain berhampiran QZ8501 pada masa yang sama ketika ia didakwa terhempas. 

 
Antara pesawat yang terbang pada aras yang sama ialah Uni Emirates Arab 406, AirAsia 502 dan AirAsia 550 kata Wisnu seperti dilaporkan oleh detik.com

4.40pm: Satu tumpahan minyak dijumpai di perairan Belitung iaitu tempat pesawat dipercayai hilang daripada radar, menurut Metronews.com. 
 
Bagaimanapun, pihak berkuasa mengatakan, tumpahan minyak itu mungkin daripada kapal yang digunakan di perairan itu.

3.15pm: Tentera Udara Indonesia berkata 'sesuatu' dikesan di perairan kawasan carian QZ8501 tetapi tidak dapat mengesahkan sama ada ia serpihan pesawat, laporChannel News Asia memetik AP Dow Jones.

3.12pm : Sebuah pesawat Orion Australia terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat QZ8501 telah mengesan objek yang mungkin berkaitan dengan pesawat malang itu.

 
Menurut detik.com , salah seorang komander operasi Dwi Putranto mengesahkan menerima laporan mengenai perkara itu.
 
Objek itu dikatakan telah dikesan 700 batu dari lokasi terakhir pesawat itu dikesan sebelum ia hilang.
 
"Pesawat kami telah diarahkan lokasi itu," tambah Dwi.

2.46pm: Juruterbang pesawat AirAsia yang hilang itu sudah menjalani keseluruhan 20,537 jam penerbangan.

2pm: Walaupun pencarian berskala besar berlangsung di Laut Jawa, masih tiada isyarat kecemasan ELT daripada pesawat, menurut agensi berita nasional Indonesia Antara .

Sementara Reuters melaporkan, syarikat ansurans AirAsia itu dikenal pasti syarikat insurans utama yang sama untuk pesawat MAS yang hilang sebelum ini.

 
Serpihan belang, tidak boleh disahkan berkata Indonesia
 
1.45pm: AirAsia Indonesia merancang untuk tidak menggunakan lagi nombor pesawat QZ8501 selepas kejadian semalam, lapor The Star Online.

1.30pm: Isteri kepada penumpang tunggal Malaysia dalam pesawat itu dikenal pasti seorang profesor madya di  Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) di Kuching.

1.19pm: CEO Kumpulan AirAsia Tony Fernandes yang berada di Jakarta untuk komunikasi dengan pasukan mencari dan menyelamat di sana bergerak ke Surabaya umtuk menemui anggota keluarga penumpang.

12 tengah hari: Kementerian Pengangkutan Indonesia dilaporkan berkata, repulik itu akan menyemak semula operasi AirAsia Indonesia.

Ia antaranya bertujuan mempertingkatkan aspek keselamatan, lapor Reuters .

Kementerian luar buka bilik operasi

12.29pm: Menteri Luar Negeri  Datuk Sri Anifah Hj Aman telah bercakap dengan rakan sejawatnya dari Indonesia Retno

Marsudi, berhubung laporan kehilangan  pesawat AirAsia Indonesia

QZ8501.

Anifah menyampaikan rasa sedih dan doa kepada Retno dan melalui beliau kepada ahli-ahli keluarga anak kapal dan penumpang pesawat QZ8501.

“Menteri luar negeri juga telah menyatakan kesediaan Malaysia untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat yang

dijalankan oleh pihak berkuasa Indonesia ketika ini,” lapor Bernama .

Kementerian Luar Negeri membuka bilik operasi  24 jam yang boleh dihubungi di talian  +603-88874570 dan +603–8889 2746.

11.58pm: AirAsia jelaskan juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, yang hilang semalam, memiliki rekod penerbangan 20,537 jam, lapor Bernama .

11.40am: Sebuah keluarga bernasib baik selepas terlepas penerbangan QZ8501 apabila mereka datang lewat ke lapangan terbang semalam.

Metronews melaporkan seorang daripada anggota keluarga itu, Ari Putro Cahyono, sebagai berkata mereka tiba lambat apabila tidak dimaklumkan tentang perubahan jadual penerbangan yang dipercepat.

Saham jatuh

11.00am: Saham AirAsia di Bursa Malaysia jatuh sehingga 12.9 peratus apabila dibuka pagi ini.

Saham AirAsia, pemilik 49 peratus AirAsia Indonesia, jatuh ke tahap RM2.56.

Bagaimanapun, ia pulih sedikit kepada RM2.72, jatuh 7.5 peratus daripada harga penutupan RM2.94.

10.45am:  Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia, Bambang Soelistyo berkata pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang itu, mungkin "di dasar laut", demikian menurut laporan AFP.

"Berdasarkan koordinat yang diberikan kepada kami dan penilaiannya bahawa anggaran kedudukan kemalangan itu adalah di laut, hipotesisnya ialah pesawat itu berada di dasar laut," beliau dipetik sebagai berkata dalam satu sidang akhbar di Jakarta.

Bambang (kiri) berkata ini adalah berdasarkan keterangan yang telah dikumpul setakat ini.

Amerika tawar bantuan

7.54am: Operasi mencari dan menyelamat di sambung semula pagi ini, laporan ABC News . Pencarian semalam dihentikanssementara apabila matahari terbenam dan keadaan cuaca semasa musim tengkujuh yang tidak membantu.

Astro Awan i melaporkan Amerika Syarikat telah menawarkan bantuan untuk mencari pesawat yang hilang itu, dan beberapa laporan akhbar Indonesia semalam mendakwa ia mungkin telah terhempas di luar pantai Pulau Belitung, kira-kira satu pertiga jarak ke Singapura dari Surabaya di sepanjang laluan penerbangan.

 

Singapura menghantar pesawat kedua RSAF C-130 untuk menyertai usaha mencari dan menyelamat itu, dengan menurut laporan akhbar TODAY.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghubungi Presiden Indonesia Joko Widodo menyatakan keprihatinan dan menawarkan bantuan serta sokongan Malaysia dalam usaha mencari pesawat tersebut, lapor Bernama.

"Hubungi Presiden Joko Widodo. Menyatakan keprihatinan mendalam kita. Menawarkan sokongan dan bantuan Malaysia sepenuhnya terhadap usaha Indonesia mencari dan menyelamat," tulis Najib di Twitternya malam tadi.  

    

Tiga kapal Tentera Laut Diraja Malaysia akan belayar malam tadi untuk menyertai operasi mencari pesawat berkenaan.

   

Tentera Udara Diraja Malaysia akan menugaskan pesawat C130 untuk turut membantu operasi mencari dan menyelamat. 

Sementara itu, Kementerian Luar telah membuka bilik operasi susulan kehilangan pesawat AirAsia itu, lapor Bernama.

    

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata ia beroperasi 24 jam dan boleh dihubungi di talian +603-88874570 dan +603-88892746.

 

Kenyataan itu turut berkata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman telah menghubungi rakan sejawatannya dari Indonesia, Retno Marsudi berhubung kejadian tersebut.

    

"Menteri Luar telah menyampaikan rasa sedih dan doa untuk anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat QZ8501," kata kementerian itu.

    

Ia berkata Anifah turut menyatakan kesediaan Malaysia untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan pihak berkuasa Indonesia ketika ini.

    

Kementerian itu berkata perwakilan Malaysia di Indonesia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara jiran itu berikutan terdapat seorang warga Malaysia dalam pesawat itu.

 

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS