Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

LAPORAN KHAS Rakyat Malaysia sentiasa melihat Thailand sebagai syurga pelancongan dan membeli-belah, tanpa menyedari bahawa ada rakyat Thai sendiri yang hidup dalam buangan di beberapa negara kerana kepercayaan politik mereka.

Pada 1 Disember lalu, beberapa NGO membantah lawatan Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan Ocha ke Malaysia, sebagai tanda perpaduan dengan rakyat Thai itu, yang menggesa negara-negara lain yang dilawati Prayuth, mengikut jejak langkah rakyat Malaysia dalam menghantar mesej yang kuat bahawa mereka menentang pemerintahan diktator tentera Thai.

Malaysiakini bercakap dengan beberapa rakyat Thai yang hidup dalam buangan itu, yang menyuarakan hasrat mereka untuk melihat Thailand yang bebas semasa mereka masih hidup.

Seorang daripada mereka, Jakrapob Penkair, adalah seorang profesor universiti dan seorang wartawan TV sebelum menumpukan sepenuh masanya  terhadap politik pada tahun 2003.

Semasa pemerintahan Thaksin Shinawatra, Jakrapob (kiri) merupakan seorang ahli Parlimen, yang mewakili Bangkok, selain menjadi menteri di pejabat Perdana Menteri Thailand dan seorang jurucakap kerajaan.

Beliau membantu menubuhkan Barisan Bersatu Demokrasi Menentang Diktator (UDD) dan kemudiannya dipenjarakan selama 12 hari atas aktiviti anti-rampasan kuasa tentera.

Beliau kemudiannya dituduh 'lese majeste', undang-undang yang menghukum rakyat kerana menghina istana.

Jakrapob meninggalkan negara tercintanya pada 14 April 2009 dan sejak itu tidak pernah kembali. Dan dia juga tidak pernah berputus asa untuk terus memperjuangkan kepercayaan politiknya itu.

Beliau berharap mereka dapat meneruskan proses pendemokrasian Thailand.

Dalam satu temubual dengan Malaysiakini baru-baru ini, Jakrapob berbangga dan bersyukur kerana beberapa aktivis Malaysia membantah lawatan Prayuth ke Malaysia pada 1 Disember.

Junya Lek Yimprasert pula adalah seorang aktivis hak buruh Thai yang berjuang dan menulis tentang eksploitasi.

Selepas pembunuhan beramai-ramai orang awam oleh tentera di Bangkok pada Mei 2010, Junya menulis 'Mengapa saya tidak suka kepada Raja' dan dia didakwa dengan 'lese majeste'.

Sejak Julai 2010, beliau tinggal di Finland sebagai "pelarian politik".

Junya hilang kesabarannnya dan mengambil keputusan untuk meninggalkan negara itu selepas melihat banyak kesatuan sekerja dan NGO menjadi sebahagian daripada pergerakan royalis untuk menjatuhkan banyak kerajaan yang dipilih sejak tahun 2005.

"Saya hilang sabar melihat 40,000 anggota tentera bertindak ganas terhadap penunjuk perasaan, mengakibatkan kira-kira 100 orang terbunuh dan hampir 2,000 cedera," katanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini.

Seperti ramai lagi yang tinggal dalam buangan, Junya tidak gembira melihat Prayuth diberi sambutan hangat di Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Suda Rangkupan pula adalah penolong profesor di Jabatan Linguistik di Fakulti Sastera, Universiti Chulalongkorn, dari tahun 2000 hingga 2004 sebelum dia melarikan diri dari Thailand.

Suda adalah sebahagian daripada gerakan yang terkenal, "29 Jan 10,000 Liberate", di mana 10,000 orang menuntut pengampunan untuk banduan politik.

Beliau meninggalkan Thailand selepas rampasan kuasa itu, pada 22 Mei tahun lepas.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS