Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengarang Harakah enggan berundur
Diterbitkan:  Jan 6, 2015 4:28 PM
Dikemaskini: 8:32 AM

Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman berkata beliau tidak tahu sama ada hasrat memberhentikannya ada kaitan dengan penyiaran artikel yang dikatakan mengkritik ulama dalam PAS.

Sebaliknya kata Lutfi, beliau hanya dimaklumkan melalui sepucuk surat bahawa keputusan itu dibuat ahli lembaga pengarah "atas faktor kesihatan".

"Tidak ada kaitan dengan itu (kritik ulama). Kalau persesi orang mungkinlah (begitu). Cuma saya dimaklumkan ia dibuat atas faktor kesihatan.

"Saya terkejut sebab Harakah tidak pernah pun tanya khabar saya dan minta rekod perubatan saya, tiba-tiba suruh saya ambil pencen illat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Abangnya Dinsman, juga seorang penulis terkenal, mendakwa gesaan supaya Ahmad Lutfi berhenti ada kaitan dengan beberapa tulisan yang didakwa mengkritik kepimpinan ulama dalam PAS.

Sementara itu Ahmad Lutfi turut mengesahkan ada bertemu dengan pengurusan Harakah minggu lalu berhubung isu itu, namun enggan menerima gesaan berhenti itu.

Katanya, beliau masih berminat untuk terus memberi khidmatnya kepada akhbar itu sebagai "sumbangan kepada parti".

Pihak pengurusan Harakah juga, kata beliau, bersetuju untuk membawa perkara itu semula ke mesyuarat ahli lembaga pengarah bulan depan.

"Bila berlaku macam ni, moral saya jatuh. Saya harap masih ada ruang perbincangan bersifat keluarga," katanya yang kini masih dalam cuti sakit.

Lihat Komen
ADS