Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda PAS: Peguam Paulsen hina Muslim
Diterbitkan:  Jan 11, 2015 12:43 PM
Dikemaskini: 6:13 AM

Timbalan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi menyifatkan aktivis peguam Eric Paulsen mungkin menghina umat Islam jika tweet kontroversinya merujuk kepada khutbah Jumaat.

“Apakah maksud beliau apabila menyatakan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) promoting extremism every friday (Jakim promosi ekstrimisme tiap Jumaat)?” soal anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

“Sekiranya beliau (Paulsen) memaksudkan khutbah Jumaat, ini satu tindakan penghinaan terhadap umat islam keseluruhannya.”

Menulis di Facebook pagi tadi, Khalid mendesak tweet itu dipadamkan dan Khalid pula digesa memohon maaf kepada seluruh umat Islam “yang terguris dengan penghinaan ini”.

Semakan Malaysiakini mendapati tweet kontroversi itu telah tiada. Paulsen ketika dihubungi mengesahkan memadamnya.

Tweet kontroversi Paulsen pada Jumaat lalu berbunyi:

“Jakim is promoting extremism every Friday. Goverment needs to adress that if serius about extremism in Malaysia."

(Jakim mempromosi ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mengenai ekstremisme di Malaysia.)

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam berkata, kenyataan Paulsen itu antara yang wajar disiasat bawah Akta Hasutan 1948.

Utusan: Pemikiran Paulsen 'ekstrem'

Sementara itu, Mingguan Malaysia hari ini turut mengkritik kenyataan Paulsen yang dikatakan “terlalu ekstrem kerana datangnya dari pemikiran yang ekstremisme”.

“Beliau sudah melampau dan salah.

"Buatlah kajian, khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jakim selama ini sentiasa menyeru umat Islam kepada kesederhanaan, perpaduan, saling menghormati sesama agama dan kaum serta nilai-nilai murni sejagat biarpun kerap menyentuh soal menjaga kesucian Islam dan akidah.

“Bagi beberapa sarjana Islam tempatan, khutbah Jakim dilihat agak 'lembut' dan adakalanya tidak reflektif kepada tekanan yang dihadapi oleh umat Islam,” tulis Awang Selamat.

Lihat Komen
ADS