Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Monopoli' perbaharui permit kerja dipersoal
Diterbitkan:  Jan 11, 2015 7:30 PM
Dikemaskini: 11:33 AM

Anggota parlimen DAP mempersoalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri menaikkan bayaran fi untuk pembaharuan permit pekerja asing dan melalui proses atas talian bermula awal bulan ini.

Teresa Kok, wakil Seputeh, itu berkata tambahan fi itu membebankan pekerja.

Bermula 5 Januari, kata Kok, berkata mulai 5 Januari, majikan perlu membayar tambahan RM38 daripada bayaran RM125 yang dibayar untuk memperbaharui permit secara atas talian, melalui My EG Services Bhd (MyEG).

Manakala pihak yang gagal mendapat jaminan insurans untuk pekerja asing daripada MyEG harus membayar tambahan RM58 untuk satu permohonan.

“Adakah ini langkah yang adil dan wajar untuk majikan dan syarikat insurans lain? Kenapa ada monopoli MyEG sebegini?” soal Kok ( atas ).

Bernama bagaimanapun kelmarin melaporkan, objektif utama sistem baharu dalam talian untuk Pembaharuan Permit Pekerja Asing PL (KS) melalui MyEG bertujuan membezakan pekerja asing sah dan tidak sah serta pihak yang menggunakan perkhidmatan pekerja asing yang menyalahi undang-undang.

MyEG dalam makluman kepada Bursa Malaysia, berkata sistem yang dimulakan pada 5 Januari itu menyediakan cara lebih mudah dan berkesan bagi membuat urus niaga.

"MyEG mempunyai tanggungjawab bagi memastikan insurans yang sah ada sebelum memproses urus niaga, kerana MyEg akan bertanggungjawab untuk sebarang ketidakpatuhan," katanya.

Agensi berita nasional juga melaporkan, bayaran RM38 adalah untuk skop tanggungjawab itu, serta bagi tugas penyerahan permit yang diperbaharui dengan pengesahan biometrik kepada rumah atau pejabat pemohon.

Jaminan Insurans, Skim Pampasan Pekerja Asing serta Skim Kemasukan Hospital dan Pembedahan Pekerja Asing (FWHS) boleh dibeli melalui mana-mana agen insurans, termasuk MyEG.

MyEG juga akan menanggung kos penghantaran pekerja asing tidak sah yang berjaya ditangkap, lapor Bernama lagi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS