BERITA

Akta baru berciri ISA undang kecaman

Diterbitkan
Dikemaskini 26 Jan 2015, 9:06 pagi

Pelbagai pihak tampil menyatakan bantahan terhadap usaha memasukkan “ciri-ciri” Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam rang undang-undang antikeganasan yang akan dibentangkan di parlimen pada Mac ini.

Anggota parlimen Padang Serai N Surendran menyelar kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang dilaporkan sebuah media hari ini.

“Kini jelaslah BN menggunakan ancaman keganasan global sebagai

alasan untuk memperkenalkan semula tahanan tanpa bicara di Malaysia,” kata Surendran yang juga seorang peguam.

“Ini akan menjadi pengkhianatan jelas buat rakyat, yang percaya dengan langkah BN dalam pilihan raya umum ke-13 bahawa Malaysia menghapuskan undang-undang pencegahan dengan penghapusan  ISA.”

The Malaysian Insider melaporkan, Wan Junaidi sebagai berkata, langkah itu diperlukan bagi menangani aktiviti keganasan.

"Kerajaan sudah berjanji ISA tidak akan dikembalikan, tapi mungkin selepas tapisan nanti, ada ciri-ciri (peruntukan undang-undang) yang hampir sama dengan ISA," beliau dipetik sebagai berkata.

[Baca berita asal]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.