Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes Anwar jadi tumpuan media global
Diterbitkan:  Feb 10, 2015 2:28 PM
Dikemaskini: 11:45 AM

Keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perhatian meluas media utama dunia.

Malah, kata kunci “Anwar” dan “DSAI” juga menjadi topik utama dalam perbualan global di Twitter hari ini.

Penjejak trend Twitter, Trends24.in menyebut ia merupakan antara sepuluh kata kunci yang paling banyak digunakan di kalangan pengguna Twitter petang ini.

Semakan mendapati, kes Anwar dimuatkan sebagai laporan utama laman BBC , The Guardian , Reuters , Al-Jazeera , Wall Street Journal dan The Guardian sejurus selepas Anwar disahkan kekal dipenjara.

Ia turut menjadi laporan utama di media Australia seperti ABC Australia dan Sydney Morning Herald .

Di Timur Tengah, ia menjadi laporan utama akhbar The National dari Emiriah Arab Bersatu dan Deutsche Well di Jerman.

Laporan itu juga dimuatkan sebagai bahan utama oleh CNN dan The Washington Post di Amerika Syarikat.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS