Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Vandalisme carut di bas polis didakwa 'sabotaj'
Diterbitkan:  Feb 16, 2015 11:42 AM
Dikemaskini: 3:43 AM

Kumpulan baru dinamakan “KITA LAWAN” menjarakkan diri mereka daripada amalan vandalisme di Jalan Pudu di ibu negara, yang dikatakan dibuat ketika perhimpunan setiakawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu.

NGO yang dekat dengan PKR Jingga 13, antara anggota KITA LAWAN, berkata gabungan itu tiada kaitan dengan kata-kata kesat dan carutan yang disembur pada sebuah bas polis dan papan tanda sebuah bank itu.

"Jingga13 yakin bahawa perkara ini tidak dilakukan oleh peserta perhimpunan kerana tiada sebarang perbincangan atau persetujuan antara peserta perhimpunan aman itu untuk lakukannya.

“Kami percaya perkara itu dilakukan oleh sesetengah pihak yang berniat buruk untuk mensabotaj dan mencemarkan nama baik peserta perhimpunan supaya tindakan boleh diambil pada mereka,” kata naib ketua penyelaras Jingga 13 Mikhael Iskandaar Abdullah semalam.

Kira-kira 400 orang hadir dalam perhimpunan itu bagi menyatakan bantahan terhadap pemenjaraan Anwar selepas kalah dalam kes liwat di Mahkamah Persekutuan.

Peserta himpunan dilapor menyembur tanda pangkah pada perkataan polis di bas itu.

Perkataan carutan “F**K” turut disembur bersama simbol gerakan anarkisme.

KITA LAWAN, gabungan longgar sayap Pemuda parti-parti Pakatan dan kumpulan anak muda, akan menganjurkan sebuah lagi perhimpunan di Kuala Lumpur bulan depan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS