Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sirul: Selepas Altantuya, inikah balasannya?
Diterbitkan:  Feb 18, 2015 3:39 PM
Dikemaskini: Feb 19, 2015 7:22 AM

EKSKLUSIF Bekas anggota pasukan elit polis Sirul Azhar Umar kini sugul kerana dijatuhkan hukuman mati, hanya kerana mengikut arahan.

"Jika saya mati hari ini, saya tidak akan aman kerana saya cuma buat apa yang diarah dan ini balasannya yang saya dapat," katanya kepada Malaysiakini dalam satu perbualan telefon dari Australia.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bahawa kenyatana itu adalah pengakuan bersalah.

Sirul, yang disabitkan bersalah bersama seorang lagi komando polis Azilah Hadri, juga tidak berpuas hati dengan perjalanan kesannya.

Dia merasakan DSP Musa Safri, orang atasannya dan bekas pembantu (ADC) Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika menjadi timbalan perdana menteri, patut dipanggil menjadi saksi pihak pendakwaan.

' Hujah peguam saya kuat'

Mahkamah Rayuan pada 2013 membebaskan Azilah dan Sirul akibat salah arah serius Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Zaki Yasin, termasuk tidak memanggil Musa.

Bagaimanapun, kata Sirul, Mahkamah Persekutuan, yang mengekalkan rayuan pendakwaan, mengabaikan perkara itu.

"Mahkamah juga mengabaikan bukti DNA daripada kesan darah pada kasut yang diletakkan di dalam kereta saya dan sampel DNA saya sendiri.

"Mahkamah abaikan perkara ini walaupun terdapat penghujahan kuat oleh peguam saya," katanya.

Pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Peguam Cara Negara I Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berhujah bahawa Musa bukan saksi penting dalam perbicaraan itu dan tiada keperluan memanggilnya.

Peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican, pula berhujah bahawa tindakan itu telah bertukar perbicaraan silap.

Gerak hati kalah kes

Berhubung DNA, ahli kimia memberi keterangan bahawa terdapat kemungkinan DNA daripada kesan darah itu milik Altantuya, walaupun terdapat keraguan padanya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini , Sirul sekali lagi menegaskan bahawa beliau menjadi “kambing hitam” dalam kes itu.

Beliau juga mengaku tertekan dengan dakwaan penganalisis politik Abdul Razak Baginda ( kiri ) bahawa “polis jahat” bertanggungjawab membunuh Altantuya pada 2006.

Razak Baginda, rakan rapat Najib, didakwa bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Sementara itu, menceritakan keadaannya dalam tahanan pihak imigresen Australia di Sydney, Sirul berkata semuanya baik dan dia ditempatkan seorang diri dalam bilik yang mempunyai empat katil.

Ditanya kenapa beliau berlepas ke Australia sebelum keputusan mahkamah, dia berkata berdasarkan gerak hatinya, kes itu tidak akan menyebelahinya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS