Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Boleh tukar presiden PAS jika tak bagus'
Diterbitkan:  Mar 12, 2015 2:14 PM
Dikemaskini: 6:43 AM

Kepimpinan tinggi PAS, termasuk presidennya boleh ditukar dalam pemilihan jika mempamerkan prestasi tidak memuaskan, kata pemimpin lantang parti Islam itu Khalid Samad.

“Di dalam muktamar, prestasi AJK PAS Pusat akan dikaji dan dinilai dari sudut pencapaian matlamat yang telah diputuskan oleh Muktamar.

“Dan sekiranya prestasinya tidak memuaskan, AJK (anggota jawatankuasa) PAS Pusat, termasuk presiden, boleh dan layak ditukar melalui proses pemilihan di Muktamar,” kata Khalid ketika mengulas peranan AJK PAS sebagai badan eksekutif parti.

Khalid ( kiri ), anggota jawatankuasa pusat PAS berkata, prestasi presiden dan setiap AJK dikaji dan diperhalusi oleh muktamar setiap tahun.

Beliau semalam menulis panjang berhubung tiga badan utama dalam PAS iaitu muktamar, jawatankuasa pusat dan Majlis Syura susulan masih terdapat anggota parti itu yang masih keliru.

Tulisan itu hadir ketika Majlis Syura akhir-akhir ini memainkan peranan lebih aktif dan kadang-kadang cuba mempengaruhi keputusan jawatankuasa pusat PAS.

Terkini mursyidul am PAS yang baru Datuk Dr Haron Din semalam berkata belum masanya untuk menukar Hadi yang penentangan pada kepimpinannya semakin terserlah dalam parti itu.

Beberapa tindakan Hadi sebelum ini, termasuk tidak hadir mesyuarat Pakatan Rakyat sebelum ini dan keengganannya merestui pilihan PKR dalam krisis menteri besar Selangor sebelum ini, mengundang resah sesetengah pemimpin PAS sendiri.

Sebuah kawasan PAS membuka rentak dengan mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Naib presiden pari Islam itu bagaimanapun menolaknya.

Lihat Komen
ADS