Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia menerima pesaing untuk jawatan presiden PAS yang disandangnya.

Beliau berkata demikian sewaktu ditanya wartawan jika jawatan itu boleh dicabar dalam pemilihan PAS, Jun ini.

"Boleh dicabar? Boleh..." kata Hadi sewaktu ditanya wartawan tentang perkara itu.

Hadi bagaimanapun sebelum itu tidak memberikan sebarang pengesahan sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya itu.

"Itu kena tanya ahli masa perhimpunan agung nanti," kata Hadi merujuk kepada muktamar PAS pada 4 hingga 6 Jun nanti.

Persoalan tentang jawatan presiden PAS menjadi tumpuan ramai selepas PAS Kota Bharu menyatakan hasrat untuk mencalonkan ketua penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mencabar Hadi.

Tuan Ibrahim bagaimanapun menolak pencalonan itu.

Kedudukan Hadi turut dipersoalkan selepas beliau dilihat tidak mengambil pendirian sama dengan DAP dan PKR dalam beberapa isu di peringkat nasional.

Pencalonan peringkat pusat bagi pemilihan PAS akan ditutup pada 30 April, manakala pemilihan PAS dijadualkan berlangsung semasa Muktamar PAS ke-61 pada 4 hingga 6 Jun tahun ini.

Lihat Komen
ADS