BERITA

Hudud: Hadi sendiri akan bentang usul

Diterbitkan
Dikemaskini 20 Mac 2015, 7:20 pagi

PAS akan mengemukakan usul di Parlimen dalam sesi persidangan yang sedang berlangsung untuk membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan.

Satu surat dari Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Setiausaha Parlimen, Datuk Rosmee Hamzah menunjukkan bahawa rang undang-undang persendirian itu akan dibentangkan olehnya sendiri dalam sesi ini.

Notis yang diedarkan kepada para wartawan itu bertarikh 18 Mac, tarikh rang undang-undang untuk pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 dibentangkan di DUN Kelantan.

Sementara itu, lidah rasmi PAS, Harakahdaily menyebut, usul tersebut hanya boleh dibentangkan selepas tempoh 14 hari.

Laporan itu memetik kenyataan ketua sekretariat tetap Kanun Jenayah Syariah II, Datuk Takiyuddin Hassan yang yakin bahawa ia akan dapat dibentangkan di Dewan Rakyat.

"Kita perlu memberi notis selama 14 hari sebelum membolehkan usul tersebut dapat dibawa.

"Persidangan parlimen sesi ini akan berakhir 9 April depan," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

[Berita penuh menyusul]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.