BERITA Malaysiakini

BFM kecewa ancaman bunuh, rogol penyampainya

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Stesen radio BFM kecewa dengan ancaman ke atas penyampainya, Aisyah Tajuddin yang muncul dalam satu video terbitannya mengenai hudud.

Satu kenyataan yang dikeluarkan stesen radio tersebut menjelaskan, Aisyah hanyalah “pengacara” dalam video berkenaan dan tidak menyampaikan pandangan peribadi.

“Kami kecewa dengan serangan peribadi ke atas penyampai dalam video tersebut, Aisyah Tajuddin, termasuk ancaman bunuh dan rogol.

“Kami ingin menegaskan bahawa Aisyah Tajuddin hanyalah pengacara pengganti BFM Kupas dan bukanlah pengacara tetap rancangan itu.

"Beliau bukanlah pengarang skrip tersebut, oleh itu pandangan yang diajukan di dalam video pendirian peribadi beliau dalam hal ini,” kenyataan BFM dipetik.

Stesen radio itu juga memohon maaf dan mengumumkan untuk memadamkan video yang dihasilkan oleh jabatan bahasa Melayunya dengan kerjasama Projek Dialog itu.

“Kami ingin memohon maaf sekiranya ia menyinggung mana-mana pihak. Kami memutuskan untuk memadamkan video ini memandangkan ia mungkin menyinggung perasaan.”

Ia turut menjelaskan bahawa video berkenaan bertujuan untuk memberi komentar secara satira.

Premis utamanya adalah: “Sama ada samada pelaksanaan hudud harus menjadi keutamaan oleh pihak kerajaan dan perundangan di negeri Kelantan, terutamanya apabila masalah ekonomi dan pembinaan semula pasca banjir masih dialami rakyat.

Kenyataan tersebut dikeluarkan bersama dengan Projek Dialog, satu portal yang mempromosi per