Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pelaksanaan hudud oleh Kelantan tetap bercanggah dengan perlembagaan walaupun berjaya rang undang-undang persendirian berkaitannya diluluskan di Parlimen, kata peguam R Sivarasa.

Anggota Parlimen Subang juga berkata walaupun PAS berjaya meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan mendapat kebenaran melalui Perkara 76(A) Perlembagaan Persekutuan, ia tetap melanggar Perkara 8 dalam perlembagaan.

PAS cuba meminda Akta Mahkamah Syariah untuk menambah hukuman maksimum dibenarkan di mahkamah syariah sebelum mendapatkan kebenaran bagi membenarkan Kelantan melaksanakan sistem jenayah sendiri.

Kedua-dua rang undang-undang itu hanya perlukan sokongan majoriti untuk diluluskan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah pun menyerahkan rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah.

“Ia masih bercanggah dengan perlembagaan, kerana Perkara 8 amat jelas berkaitan perkara itu,” kata Sivarasa menjawab soalan dalam sebuah forum di Shah Alam hari ini.

Perkara 8 memperuntukkan bahawa setiap orang adalah sama di sisi undang-undang.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS