mk-logo
Berita
Kit Siang usul k'jaan campuran 'demi Malaysia'
Diterbitkan:  Mar 23, 2015 6:53 AM
Dikemaskini: 6:55 AM

Susulan keadaan tidak menentu politik Malaysia, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang mengusulkan pembentukan sebuah kerajaan persekutuan campuran untuk “Selamatkan Malaysia”.

Kerajaan baru ini patut melibatkan anggota Parlimen kedua-dua belah kerajaan dan pembangkang yang mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Menegaskan perkara itu pandangan peribadinya, Lim berkata perdana menteri patut datang daripada kedua-dua belah pihak.

'Tiba-tiba, politik Malaysia di kedua-dua belah kelihatan berada dalam keadaan terumbang ambing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Veteran DAP itu berkata kerajaan BN kekal seperti tidak terkawal bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam masa yang sama, katanya, blok pembangkang pula kini berdepan krisis terbesarnya.

[Baca berita asal]

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen (0)
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS